
Subang Jaya, 20 Januari 2026 – PRO-NET, anak syarikat kepada PROTON, secara rasmi memperkenalkan Proton e.MAS 7 2026 versi pemasangan tempatan untuk pasaran Malaysia. Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting dalam pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara, dengan penawaran harga yang lebih mampu milik bermula serendah RM99,800.
Proton e.MAS 7 telah dinobatkan sebagai EV No.1 Malaysia pada tahun 2025 dan terus menjadi pilihan utama rakyat Malaysia hasil gabungan teknologi pintar, keselamatan canggih serta kos pemilikan yang kompetitif.
Proton e.MAS 7 2026 – EV Tempatan Untuk Pemandu Malaysia
Pengeluaran tempatan Proton e.MAS 7 2026 membuktikan komitmen PRO-NET dalam menyediakan kenderaan elektrik yang praktikal, selamat dan mampu dimiliki oleh pemandu Malaysia. Versi 2026 hadir dengan penambahbaikan ciri keselamatan, teknologi bantuan pemandu serta spesifikasi yang lebih sesuai dengan keadaan jalan dan corak pemanduan tempatan.
Untuk maklumat penuh spesifikasi, promosi dan tempahan, ketahui harga Proton e.MAS 7 2026 di Malaysia.
Kemas Kini Proton e.MAS 7 2026 Mengikut Varian
Proton e.MAS 7 Prime
Powered Tailgate
Varian Prime kini dilengkapi dengan pintu but elektrik yang boleh dibuka dan ditutup menggunakan butang atau alat kawalan jauh. Ciri ini memudahkan urusan memuat dan mengeluarkan barangan, terutamanya ketika tangan penuh.
Proton e.MAS 7 Premium
Naik Taraf Sistem ADAS (Advanced Driver Assistance Systems)
- Evasive Maneuver Assist (EMA) – Membantu pemandu mengelak halangan ketika situasi kecemasan bagi mengurangkan risiko perlanggaran.
- Front Cross Traffic Alert (FCTA) – Memberi amaran terhadap kenderaan dari arah sisi ketika keluar simpang atau parkir.
- Active Lane Change Assist (ALCA) – Menyokong pertukaran lorong yang lebih selamat melalui pemantauan blind spot dan pelarasan stereng automatik.
Ciri keselamatan ini menjadikan Proton e.MAS 7 Premium antara EV paling lengkap dari segi sistem bantuan pemandu dalam kelasnya.
Welcome Benefit & e.MAS Power Pack+
Bagi meraikan pengenalan Proton e.MAS 7 2026, pembeli akan menerima pakej Welcome Benefit bernilai sehingga RM4,000 untuk tempoh terhad.
- Power Home – Pengecas rumah 7kW percuma bernilai RM1,500
- Power Plus – Adaptor V2L percuma bernilai RM500
- Power Online – Internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800
- Power Thru – Waranti kenderaan 6 tahun tanpa had perbatuan dan waranti bateri serta komponen voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km
- Power Exchange – Rebat trade-in eksklusif pemilik Proton bernilai RM5,000
Harga Proton e.MAS 7 2026 (OTR Tanpa Insurans)
Harga Asal
| Variant | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
|---|---|---|
| e.MAS 7 Prime | RM103,800 | RM106,800 |
| e.MAS 7 Premium | RM119,800 | RM122,800 |
Harga Dengan Welcome Benefit (Rebat RM4,000)
| Variant | Semenanjung Malaysia | Malaysia Timur |
|---|---|---|
| e.MAS 7 Prime | RM99,800 | RM102,800 |
| e.MAS 7 Premium | RM115,800 | RM118,800 |
Tawaran Welcome Benefit dan e.MAS Power Pack+ adalah tertakluk kepada terma dan syarat serta sah untuk tempoh terhad.
Kenapa Pilih Proton e.MAS 7 2026
- EV paling mampu milik di Malaysia
- Pemasangan tempatan dengan kos penyelenggaraan lebih rendah
- Sistem keselamatan dan bantuan pemandu terkini
- Pakej pemilikan paling lengkap dalam segmennya
- Sesuai untuk kegunaan bandar dan keluarga
Layari halaman khas Proton e.MAS 7 Malaysia untuk semakan harga OTR, spesifikasi penuh dan promosi terkini.







